NOTA KATA HUBUNG
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut.
Menurut Wikipedia ,
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
Menurut Wikipedia ,
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
- perkataan dengan perkataan;
- rangkai kata dengan rangkai kata; dan
- ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
*1. Kata hubung gabungan
Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Kata hubung gabungan
|
Contoh
|
Atau
|
Saya hendak makan mee atau nasi lemak
|
Dan
|
Saya dan adik bermain di taman
|
Lalu
|
Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
|
Lantas
|
Saya bangun malas dan lantas ke dapur
|
Sambil
|
Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
|
Maka
|
Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn keluarlah
|
Serta
|
Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
|
Tetapi
|
Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
|
Sebab
|
Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
|
Kalau
|
Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
|
Supaya
|
Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
|
Kemudian
|
Sila baca soalan kemudian mula menjawab
|
Malahan
|
Saya disini baik sahaja malahan kamu
|
bahkan
|
Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih kuat lagi
|
- *2. Kata hubung pancangan
i. Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.Contoh ayat:- Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
- Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
- Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.Contoh ayat:- Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
- Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
- Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.Contoh ayat:- Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
- Saya berkawan dengannya semenjak kecil
Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan :
Kata hubung pancanganContohAgarSaya berharap agarkamu dapat datingApabilaSaya terkejut apabila mendengar berita ituBahawaSaya yakin bahawa cerita kamu adalah benarBiarpunBiarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal iniHinggaSaya belajar hingga ke peringkat universitiJikaJika kamu larang saya, kamu akan terima padahnyaKecualiJawab semua soalan kecuali soalan duaKeranaDia sakit hati kerana kenakalan anaknyaKetikaKetika menunggu kamu, saya hampir tertidurLantaranLantaran kes ini, saya rasa Ali bersalahManakalaSaya membaca buku manakala adik sedang bermainMeskipunDia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapanSebelumSebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahuluSejakSejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubahSehinggaKamu hendaklah menyiapkan kerja sekolahsehingga habisSekiranyaSekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanyaSelagi / serayaSelagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bisingSemenjakSemenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teraturSementaraDia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan SPMSetelahSetelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahuluSelamaSelama ini saya mencari kamuTatkalaTatkala itu anak miskin itu pun masuklahWalaupunWalaupun letih, diselesaikannya juga kerja ituSungguhpunSungguhpun buta, orang Itu mampu berdikariYangSaya adalah seorang pelajar yangcemerlangJikalauJikalau kamu pergi, saya pun akan pergi jugaAndaiAndai kata, kamu yang merosakkan pintu ituUntukSaya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu*3. Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..Kata hubung berpasanganContohBaik…ataupunBaik kamu mengaku ataupun kamu dipukulBaik…baikBaik Ali baik adiknya samasama pintar.Baik…mahupunBaik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.Bukan saja…bahkan jugaAli bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolahBahkan saha…tetapi jugaAli bukan saja nakal tetapi juga pandai belajarJangankan…punJangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.Sedangkan…apatah lagiSedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknyaSemakin…semakinEncik Ali semakin kaya semakinpemurahSungguhpun…namunSungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagalSungguhpun...tetapiSungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlariwalaupun...namunWalaupun dia buta namun dia tetap gigih berusahasedangkan...inikan pulaSedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit LarutSama ada…ataupunGuru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke SekolahKian…kianKian lama kian banyak orang ke sanaEntah…entahKhabar anghin itu entah betul entah tidakBukan…sahaja malahAli bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
its very helpful
ReplyDelete