Thursday, 12 May 2016

MODEL MIRIP PT3 -NOVEL SEJAMBAK BAKTI



Tema dan Persoalan
Model soalan dan jawapan.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut dengan contoh yang sesuai.

Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Novel ini bertemakan kegigihan murid dan guru  koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka.  Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.
Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi  iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.


Model 2
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5 persoalan penting yang terdapat dalam novel tersebut.

                Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
                Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.  Antara persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat.  Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.  Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya.

                Selain itu, terdapat juga persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji. Contohnya, Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.

                Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

                Tambahan pula, terdapat persoalan amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan.  Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
               
                Akhir sekali ialah persoalan, Perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.  Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu.

Soalan Format PT3
Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.  Terdapat banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini.  Antaranya ialahnilai kegigihan.  Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

                Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab.  Ini jelas dapat dilihat melalui peristiwa Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
                Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang.  Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.


Soalan Format PT3 – Aspek Pengajaran
Model Soalan

Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan.  Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran  yang terdapat dalam novel tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:

                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.  Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini.  Pengajaran yang kita peroleh boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini.
                Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kejayaan.  Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

                Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita janganlah sesekali menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya, 
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah.
                Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.  Contohnya,  Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.



                Pengajaran terakhir ialah,   Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

No comments:

Post a Comment