Tuesday, 17 May 2016

KATA HUBUNG

NOTA:
Kata hubung dihgunakan untuk menghubungkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.

Senarai KATA HUBUNG:-
1. Apabila 
Ayat  contoh:
a. Semua  murid  berdiri  tegak  apabila   bendera  Malaysia  dinaikkan.
b. Apabila  hujan  reda,perlawanan  itu   pundisambung  semula.


2. Atau 
Ayat  contoh:
a. Kamu  suka  minum  teh  atau   kopi?
b. Gadis  itu  kehilangan  rantai  atau  cincin?


3. Dan
Ayat  contoh:
a. Ali  dan  Muthu  bermain  badminton  di   situ.
b. Saya  membasuh  muka  dan  menggosok  gigi.


4. Jikalau/jika/kalau
Ayat  contoh:
aJikalau  kamu  belajar   dengan  bersungguh-sungguh  tentu  kamu  akan  berjaya.
b. Jikalau  kamu  gagal,cubalah  lagi.
  

5.Kecuali/melainkan 
Ayat  contoh:
a. Seng  Chong  suka  makan  semua   jenis  buah-buahan  teempatan  kecuali   langsat.
b. Semua  orang  hendak  pergi  kecuali   Ahmad.


6.Lalu 
Ayat  contoh:
a. Dia  mengambil  galah  lalu  menjolok   buah  mangga  itu.
b. Dia  masuk  ke  dalam  bilik  itu lalu  memasang  lampu.


7.Sebab/kerana 
Ayat  contoh:
a. Adik  saya  menangis  sebab  perutnya  lapar.
b. Anjing  itu  mati  sebab   dilanggar  lori.


8.Sebelum 
Ayat  contoh:
a. Kerja  kamu  mestilah  siap   sebelum  pukul  5.00  petang.
b. Sebelum  menjawab,dia  menjawad   soalan-soalan  dengan  teliti.


9.Tetapi
Ayat  contoh:
a. Pokok  mangga  itu  sudah   besar  tetapi  masih  belum  berbuah.
b. Dia  ingin  membeli  sebuah   rumah  tetapi  tidak  mampu.


10.Sambil
Ayat  contoh:
a. Abang  mendengar  muzik  sambil   menulis  surat.
b. Sambil  berbual-bual,mereka  bergurau   senda.


11.Supaya/agar
Ayat  contoh:
a. Bacalah  dengan  kuat  supaya   dapat  didengar  oleh  semua  murid.
b. Dia  membubuh  baja  agar   pokok  itu  cepat  membesar.


12.Setelah/selepas
Ayat  contoh:
a. Selepas  membuat  eksperimen,perbincangan  pun  diadakan.
b. Dia  berasa  letih  selepas  sibuk  bekerja  sepanjang   hari.



13.Sungguhpun/walaupun
Ayat  contoh:
a. Sungguhpun  cuaca  kurang  baik,pertandingan  itu  tidak   ditangguhkan.
b. Dia  tidak  berputus  asa  walaupun  dia  sudah   gagal.



14.Sejak/semenjak 
Ayat  contoh:
a. Sejak  bangunan  yang  baru  didirikan,murid  di   sekolah  itu  bertambah  ramai.
b. Semenjak  diberi  nasihat,sikapnya  telah  berubah.


15.Serta 
Ayat  contoh:
a. Mereka  minum  teh  serta  makan  nasi  lamak.
b. Orang  itu  tamak  serta  kedekut.



16.Hingga/sehingga
Ayat  contoh:
a. Dia  memaluular  itu  hingga  mati
b. Kami  akan  menunggu  di  sini  sehingga  dia   datang.



17.Sementara
Ayat  contoh:
a. Mereka  berbual-bual  di  situ  sementara  menunggu   hujan  reda.
b. Kami  menyajikan  makanan  di  atas  meja  sementara   menunggutetamu  datang.


18.Manakala
Ayat  contoh:
a. Dia  rajin  manakala  adiknya  malas.
b. Gajah  hidup  di  darat  manakala  ikan  hidup   di  dalam  air.


19.Tentang
Ayat  contoh:
a. Mereka  sedang  berbincang  tentang  hal  yang  amat   penting.
b. Beliau  akan  bercakap  tentang  kemajuan  sekolah   ini.


20.Yang
Ayat  contoh:
a. Pemuda  yang  berjaja  buah-buahan  itu  sangat   rajin.
b. Dia  mendapat  hadiah  yang  istimewa.


21.Lagi
Ayat  contoh:
a. Murid  itu  bijak  lagi  rajin.
b. Istana  itu  besar  lagi  cantik.


22.Selain
Ayat  contoh:
a. Selain  menternak  ayam,Puan  Wong  juga  menanam   sayur-sayuran.
b. Selain  menjemput  saudara  mara, dia  juga  menjemput   semua  kawannya.


23.Maka
Ayat  contoh:
a. Disebabkan  kesombongannya ,maka  dia  dibenci  orang.
b. Dengan  keberanian  pemuda  itu  maka  budak  yang   hampir  mati  lemas  itu  diselamatkan.


24.Malah/malahan
Ayat  contoh:
a. Selepas  makan  ubat,pesakit  itu  tidak  sembuh, malah keadaannya  bertambah  tenat.
b. Dia  bukan  sahaja  bijak, malahan  rajin  pula.


25.Sedangkan
Ayat  contoh:
a. Bagaimana  pencuri  memasuki  rumah, sedangkan pintu rumahnya  dikunci.
b. Wai  Kong  tidak  mahu  makan  ubat,sedangkan  dia   belum  sembuh  lagi.


26.Bahawa
Ayat  contoh:
a. Budak  itu  menyatakan  bahawa  keluarganya  miskin.
b. Kami  mengetahui  bahawa  dia  berbohong.


27.Bahkan
Ayat  contoh:
a. Bukan  kami  sahaja ,bahkan  murid  yang  terbijak   pun  tidak  dapat  menjawab  soalan  itu.
b. Datuk  saya  bukan  sahaja  tidak  tahu   menulis,bahkan  tidak  tahu  membaca.


28.Selagi
Ayat  contoh:
a. Kanak-kanak  itu  dibenarkan  masuk  sekolah  rendah,selagi   umurnya  belum  cukup  enam  tahun.
b. Talian  telefon  di  rumahnya  tidak  akan  disambung   semula  selagi  bil  telefonnya  belum  dibayar.


29Asalkan
Ayat  contoh:
a. Kanak-kanak  boleh  masuk  ke  kawasan  itu  asalkan   diringi  oleh  orang  dewasa.
b. Kamu  boleh  meminjan  buku  itu  asalkan  tidak   mengotorkannya.


30.Padahal/walhal
Ayat  contoh:
a. Mengapa  dia  hendak  membeli  pakaian  yang   mahal-mahal  walhal  dia  bukan  orang  kaya.
b. Kami  ingat  dia  lembap  walhal  dia  murid   yang  amat  bijak.

No comments:

Post a Comment